Make your own free website on Tripod.com

AL-HADITH

Riwayat Hidup Imam Buhari

Namanya: Muhammad bin Ismail bin Ibrahim bin AI-Mughirah bin Bardizbah.

 Nama panggilannya: Abu Abdullah

 Keturunannya:

1 - AI-Ju'fi: Ini adalah nasab keturunan Arab, sebabnya: AI-Mughirah, adalah datuk kepada Imam Bukhari yang telah memeluk Islam di hadapan AI-Yaman AI-Ju'fi, Lalu dinasabkan kepadanya sebagai nasab kepada pemimpin.

2-Bukhari: Ialah nisbah kepada negerinya.

 Kelahirannya:

Pada hari Jumaat, selepas sembahyang, pada 13 Syawal tahun 194 H.

Tempat kelahirannya:

Bukhara.

Sejarahnya ketika kecil:

Ismail - ayah Imam Bukhari merupakan seorang ahli Hadis, tetapi beliau mengikut zahimya tidak banyakmeriwayatkan Hadis. Beliau disebut oleh anak~nya dalam kitab (AT-TARIKH ~AL-KABIR) bahawa beliau sempat berjumpa dengan Hammad bin Zaid dan Abdullah bin AI-Mubarak, juga telah mendengar Hadis dari Malik bin Anas. Ismail meninggal dunia ketika Imam Bukhari masih kecil. Beliau dipelihara oleh ibunya dalarn keadaan yatim. Namun begitu ayahnya telah meninggalkan harta yang banyak, halal lagi diberkati. Ketika hampir mati ayahnya berkata: (Aku tidak dapati satu dirham pun hartaku ini dari benda yang haram begitu juga tidak ada satu dirham pun dari benda yang syubhat). Wang tersebut digunakan oleh Imam Bukhari untuk menuntut ilmu. Imam Bukhari telah mengerjakan Haji semasa kecil bersama ibu dan abangnya (Ahrnad). Seterusnya Imam Bukhari menetap berhampiran dengan Mekah untuk menuntut ilmu dalam tempoh yang tertentu.

 Kisah Imam Bukhari hilang penglihatan:

 Ghanjar telah menceritakan dalam (kitab sejarah imam Bukhari) dan kitab yang lain: Bahawa Imam Bukhari telah hilang penglihatan semasa kecil ketika ibunya melihat Nabi Ibrahim di dalam mimpi di mana Nabi Ibrahim berkata kepada ibunya: Wahai ibu Bukhari ! Allah telah mengembalikan penglihatan anakmu disebabkan doamu yang banyak menyebabkan penglihatan Bukhari kembali pulih sebagaimana biasa. Ini adalah di antara karamah yang Allah kumiakan kepada Imam Bukhari semasa kecil.

 

 

 

Riwayat Hidup Imam Muslim

 

 Namanya: Muslim Bin AI-Hajjaj bin Muslim bin Ward.

Panggilannya:

Abu AI-Husin.

 Keturunannya:

 1 - AI-Qusyairi: Nisbah kepada kabilah tempat kehidupan beliau. Mengikut setengah riwayat beliau adalah berbangsa Arab dan ada pendapat yang mendakwa bahawa beliau dinasabkan kepada Qusyair iaitu nisbah kepada bangsa ajam (bukan Arab).

2- An-Naisaburi: Nisbah kepada negeri tempat tinggal beliau di Naisabur iaitu sebuah bandar besar yang terletak di

Khurasan.

 Kelahirannya:

 Para ulama tidak dapat memastikan tahun kelahirannya, sebahagian daripada mereka berpendapat: Beliau dilahirkan pada tahun (204) Hijrah dan ada pendapat lain yang mengatakan beliau telah dilahirkan pada tahun (206) Hijrah.

 Sifatnya:

Bertubuh segak, berjanggut dan berambut putih. Hujung serbannya berjuntai di atas belakangnya dan ia diperbuat dari kain kapas.